Zaidi Muda Tinggalkan Kepimpinan UMNO Marang

Zaidi Muda Tinggalkan Kepimpinan UMNO Marang

2963
0

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Marang, Zaidi Muda mengumumkan perletakan jawatan yang disandang sejak 2013 lalu berkuat kuasa serta merta malam ini.

Zaidi mengumumkan perkara tersebut dilaman facebook beliau (ZM Muda) lebih kurang jam 11.10 minit lalu dengan kenyataan “Oleh kerana tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, maka saya dengan ini melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Marang. Tk.”

Menurut sumber, perletakan jawatan tersebut telah pun diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagaian  YB A. Latiff Awang dan alasan yang diberikan seperti mana status beliau.

Sumber juga menyatakan bahawa Ketua UMNO Bahagian Marang telah mengumumkan perletakan jawatan Zaidi Muda dalam Mesyuarat bulanan UMNO bahagian itu malam ini.

Selain itu didalam organisasi UMNO Malaysia, Negeri, Bahagian dan Cawangan, jawatan Ketua Penerangan UMNO keseluruhan adalah dilantik oleh Presiden, Pengerusi Perhubungan Negeri, Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan dan bukan jawatan yang dipertandingkan dalam pemilihan UMNO.

Perletakan jawatan tersebut tidak menyalahi peraturan yang terkandung dalam perlembagaan UMNO dan ianya jawatan dilantik oleh ketua disemua peringkat UMNO. – Terengganu Times

Leave a Reply