Yu Paus Ada Diperairan Dungun – Video

0
836

Kemunculan 2 ekor anak YU PAUS / Whale Shark / Rhincodon typus bersaiz 3 dan 5 meter berlegar-legar mencari makanan di perairan Dungun, Terengganu.

Video rakaman berdurasi 36 saat itu jelas menampakkan imej Yu Paus yang sedang berenang mencari makanan diperairan Dungun ketika ini dan pernah dilihat beberapa kali oleh nelayan tempatan sebelum ini.

Video berkenaan juga turut dimuatnaik dalam facebook Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan turut membuat tag kepada facebook Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Seri Ahmad Shaberi Cheek.

FRI Rantau Abang Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) merekod pemerhatian dan membuat kajian populasi dan migrasi spesis Yu Paus ini.

Ikan yu paus mudah dijumpai di kawasan lautan beriklim tropika yang purata suhu airnya sekitar 25 C hingga 30 C.

Purata umur hidupnya dalam keadaan ini boleh mencecah sehingga 70 tahun.

Spesies ikan gergasi ini dianggarkan menetap di bumi sejak 60 juta tahun yang lalu.

Makanan utamanya ialah plankton, haiwan dan tumbuhan seni bersaiz mikroskop, selain kumpulan ikan kecil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here