Wanita cuba bunuh diri di Stesen Bas MBKT

Wanita cuba bunuh diri di Stesen Bas MBKT

2990
0
Wanita ditenteramkan oleh ahli bomba selepas beliau cuba terjun dari tingkat atas Stesen Bas MBKT semalam.

KUALA TERENGGANU: Cubaan seorang wanita berusia 32 tahun terjun dari tingkat satu bangunan di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, tengah hari semalam berjaya dihalang oleh anggota Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) dan polis.

Pegawai Operasi Balai Bomba Jalan Kota, Pegawai Kanan Bomba II, Abdul Halim Mat Adam, berkata wanita berasal dari FELDA Bukit Banding, Hulu Terengganu, itu dipercayai mengalami kemurungan selepas dikatakan kehilangan anak.

“Kita mendapat panggilan pada jam 12.50 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian dengan enam anggota. Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati wanita berkenaan berdiri di koridor bangunan berhampiran surau di hentian bas berkenaan sambil menjerit dan mengugut untuk terjun.

“Dengan bantuan pihak polis, kita mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mententeramkan wanita berkenaan sebelum dia kembali tenang dan membatalkan niatnya untuk terjun,” katanya.

Abdul Halim berkata, wanita berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. – BH Online

Leave a Reply