Video: Rakaman ‘Motor Selam’ Redah Banjir, Viral Di Facebook

Video: Rakaman ‘Motor Selam’ Redah Banjir, Viral Di Facebook

2914
0

KUALA LUMPUR – Banjir yang melanda Pantai Timur sejak seminggu lalu dilaporkan semakin pulih dengan penurunan jumlah mangsa berbanding petang semalam.

Bagaimanapun rakaman aksi dua orang menaiki motorsikal yang telah diubahsuai sambil meredah air berjaya menarik tumpuan para pengguna media sosial.

Menurut sumber video dua beradik ini berasal dari Jerteh Besut.

Dato’ Seri Idris Jusoh Menteri Pengajian Tinggi beramah mesra dengan pencipta motorsikal BANJIR di Jertih hari ini (7 Januari 2017)

 

Melalui video berdurasi 1:23 minit yang dimuatnaik di laman Facebook, pasangan tersebut dilihat begitu santai dengan wajah yang tersenyum sambil merakamkan aksi mereka menunggang ‘motor selam’.

Paling menarik mereka turut mengunakan lagu ‘Jomblo Happy’ sebagai lagu latar untuk rakaman tersebut.

Leave a Reply