Usahawan Perlu Rebut DANA Di Bawah BAJET 2017

Usahawan Perlu Rebut DANA Di Bawah BAJET 2017

1448
0

Usahawan disaran untuk tidak mengambil sikap tunggu dan lihat segala peluang dan dana yang disediakan oleh Kerajaan terutamanya peruntukan sebanyak RM6.7 bilion untuk pembangunan PKS dalam Bajet 2017 yang diumumkan Perdana Malaysia baru-baru ini.

Pengarah  SME CORP. Terengganu , Muhammad Ibrahim berkata ,sikap takut dan segan ingin bertanya harus dihakis sama sekali jika mahu perniagaan yang diusahakan lebih berkembang dan berdaya maju.

Keadaan ini akan menyebabkan mereka ketinggalan jauh dalam bidang ekonomi dan  budaya keusahawanan seperti ini tidak akan membantu daya maju perniagaan, lebih malang ianya penyebab utama  orang kita  selalu kebelakang dalam bidang ini.

Katanya, sebanyak RM1.52 bilion diperuntukkan khusus untuk  usahawan Bumiputera dan RM5.18 bilion terbuka untuk semua, ia bagi membuktikan komitmen kerajaan membantu usahawan PKS sebagai tulang belakang kepada ekonomi negara.

“Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM75 juta di bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi menggalakkan pembangunan sektor berkenaan, selain  itu, jaminan sehingga RM15 bilion bagi pelbagai skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan dilanjutkan tempohnya sehingga tahun 2025.

“Manakala, RM1.52 bilion untuk syarikat bumiputera antaranya TEKUN (RM300 juta), PUNB (RM200 juta), MARA (RM120 juta), TERAJU (RM500 juta) dan SME Bank serta Amanah Ikhtiar Malaysia masing-masing RM100 juta.

“Kemudahan tersebut antaranya dalam bentuk bantuan pembiayaan, modal insan, prasarana, akses pasaran, dan inovasi malah boleh dimohon sama ada sebagai pembiayaan, pinjaman mahupun geran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perasmian Program Sembang Usahawan Berjaya dan Bicara Bajet 2017 yang disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Mohd Sabri Alwi, Penyelaras Dun Ladang yang diwakili pegawai khas beliau iaitu En Ahmad Safuan. Program bersepadu ini melibatkan beberapa Agensi Kerajaan seperti MARA, TEKUN, PUNB dan YPU anjuran SME Corp. Terengganu dengan Kerjasama Majlis Sektretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) dan Persatuan Tunas Usahawan Belia Terengganu (PATUT) di Dewan Kovensyen Yayasan Pembangunan Usahawan, hari ini yang dihadiri lebih 200 usahawan Terengganu yang  rata-ratanya beroperasi di luar Daerah Kuala Terengganu.

Selain dari itu, menurutnya,  lebih RM292 juta pinjaman dan sebanyak RM9.5 juta dalam bentuk geran telah dibelanjakan sepanjang tahun 2016 bagi membantu lebih 20,570 usahawan yang melibatkan beberapa Agensi Kerajaan seperti SME Corporation Malaysia (SME Corp), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), MIDF, SME Bank, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).

“Program Galakkan Eksport Bumiputera (GEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada April tahun lepas telah diberi mandat kepada  SME Corp. Malaysia dengan kerjasama MARA bagi membantu PKS Bumiputera yang masih baru dan sedia ada bagi mempersiapkan mereka menembusi pasaran eksport seperti Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) di peringkat ASEAN.

“Peruntukkan yang disediakan oleh Kerajaan sebanyak RM40 juta itu disasar mampu memberi manfaat 400 syarikat PKS Bumiputera dan berpeluang mengeksport ke Negara luar.

“Kira-kira 645,000 PKS di seluruh negara menyumbangkan 36 peratus atau RM445 bilion pendapatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)merupakan salah satu elemen penting pembangunan negara yang sentiasa ditekankan oleh Kerajaan, kerana sumbangan 98.5 peratus kepada aktiviti peniagaan negara.

“PKS masih lagi merupakan pemampan sektor perindustrian negara, namun perlu bertahan dalam pasaran yang sangat kompetitif ketika ini, ujarnya lagi.

 

Leave a Reply