Terengganu No 1 Dalam Malaysia Teramai Keluar Dari Paras Kemiskinan

Terengganu No 1 Dalam Malaysia Teramai Keluar Dari Paras Kemiskinan

5628
0

7e07ed3f-d713-4ab8-9e42-334c463a71f7Terengganu berjaya menjadi negeri paling ramai bilangan penduduk yang dikeluarkan dari kategori miskin tegar di Malaysia.

Ahmad Razif berkata, kejayaan itu disebabkan dana dan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan pusat dan negeri sehingga golongan ini mampu mengecapi kehidupan yang lebih baik.

“Kita telah berikan pelbagai bentuk dana seperti bantuan Maidam, dana Hari Raya dan persekolahan selain dari skim perumahan untuk rumah PPRT, bantuan perniagaan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

Jadi, ini asas yang menyebabkan ramai penduduk miskin tegar yang kita dapat keluarkan dan ini bukti program-program yang dilaksanakan pihak kerajaan sangat berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berkenaan laporan ICU JPM mengenai taraf kemiskinan di Malaysia selepas persidangan DUN hari ini.

Kata Ahmad Razif, kemiskinan juga boleh berlaku jika ketua keluarga ditimpa musibah seperti kematian dan sakit kronik.

Atas sebab itu, pihak kerajaan negeri telah mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Darul Iman sebagai persediaan jika berlaku perkara-perkara sebegini.

Leave a Reply