Taman Ilmu : Jawapan Bahagian 1

0
1106

KRONOLOGI TAMAN ILMU

TAMAN Ilmu Kampung Tembila Besut dibangunkan dibangunkan di bawah Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta itu telah dibina mulai tahun 2004.

Bagaimanapun, projek tersebut terbengkalai setelah beberapa tahun dibina dan pada 2012 projek pembinaannya disambung semula dengan menyediakan kelengkapan asrama, kompleks pusat pelajar, dewan konvokesyen dan kompleks sukan serta mini stadium.

Kini Komplek Taman Ilmu itu sudah di duduki oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang mana telah menempatkan pelajar mereka seramai 250 orang pelajar lelaki dari Kampus Besut .

Selain UniSZA beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain menunjukkan minat untuk membuka kampus pengajian di Taman Ilmu termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Kerajaan negeri sedia menawarkan kepada mana-mana IPT yang mahu membuka cawangan kampus di Taman Ilmu.

Menurut Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebelum ini, konsep yang digunakan dalam Taman Ilmu adalah sharing facilities bermaksud kerajaan negeri sedia tapak sahaja dan mana-mana IPT nak buka kolej mereka atau pejabat, bangunan pusat pembelajaran perlu bina sendiri dan kerajaan negeri hanya sediakan tapak serta keperluan lain seperti hostel, masjid, perpustakaan dan mini stadium ‘.

Katanya, semua kelengkapan ini sudah ada cuma perlu buat sedikit pengubahsuaian akhir.

‘Taman Ilmu ilmu kita akan bangunkan mengikut asas iaitu melibatkan beberapa universiti dan kita akan libatkan IPTA, IPTS yang boleh memberi impak yang baik kepada pembangunan pendidikan negeri Terengganu’ katanya Majlis Penyerahan Blok Asrama Taman Ilmu Unisza Besut di Taman Ilmu Unisza Kampus Besut tempoh hari.

#TerengganuMolekDoh

ARTIKEL BERKAITAN TAMAN ILMU

Asrama UniSZA di Taman Ilmu Besut siap dibaik pulih
https://terengganutimes.com/asrama-unisza-di-taman-ilmu-besut-siap-dibaik-pulih

Taman Ilmu, Tembila Besut Mula Beroperasi
5 Sept. 2017
http://www.teganukita.net/2017/09/taman-ilmu-tembila-besut-mula-beroperasi.html

KPT akan bantu pulih Taman Ilmu di Besut
11 JUN 2017
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kpt-akan-bantu-pulih-taman-ilmu-di-besut-1.687560

Tiga Lagi IPT Minat Sewa Bangunan Di Taman Ilmu, Besut
12 Dis 2017 15:41 PM  
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1418761&cat=tm

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here