Suami isteri maut nahas lima kenderaan (14 Gambar)

0
1043

Kota Tinggi – Sepasang suami isteri maut maut manakala 10 lagi cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM59 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Jamaludin Chemin, 56 dan Maimunah Abd Wahab, 52 difahamkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kenderaan terlibat adalah jenis Toyota Caldina, Perodua Axia, Proton Iswara, Perodua Myvi dan Proton Exora.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Caldina dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi telah hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan lain.

“Manakala kenderaan yang lain tidak sempat mengelak dan merempuh. Ekoran itu seramai 12 Mangsa terlibat melibatkan sepasang suami isteri berasal dari Felda Pengeli Timur yang maut dan 10 mangsa lagi mengalami pelbagai kecederaan luka sahaja.

“Semua mangsa dihantar dan dirawat di HKT Tinggi. Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ahsmon turut menasihatkan orang ramai agar memandu mengikut had laju ditetapkan khususnya di kawasan jalan yang kurang lampu. -sinar harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here