Singkir pemain jika tewas lagi – Presiden PBSNT

7
837
Presiden PBSNT Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid

Kuala Terengganu: Pemain Terengganu bakal berdepan tindakan tegas termasuk digugurkan jika terus mengalami kekalahan serta tidak mempamerkan aksi menarik dalam baki saingan liga termasuk pertemuan dengan Selangor di Stadium Shah Alam malam ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, PBSNT akan turut menyingkirkan pemain gagal menyerlah.

Beliau yang berang dengan prestasi merudum pemainnya termasuk tewas kepada Johor Darul Ta’zim (Johor DT) 0-2 Selasa lalu mengakui begitu kecewa dengan persembahan beberapa pemain yang dianggap seolah-olah tiada ‘bisa’.

Malah, katanya tewas empat perlawanan berturut-turut sebelum ini juga menguatkan lagi tindakan yang bakal diambil PBSNT ke atas pemainnya termasuk akan merehatkan pemain yang tidak menunjukkan kualiti sebenar ketika beraksi biar pun mereka berstatus bintang.

“Saya begitu kecewa dalam lima pertemuan terakhir, saya akan memanggil dan memberi kata dua kepada semua pemain. Jika pemain berstatus bintang gagal menyerlah, mereka juga akan digugurkan tahun depan.

“Ini bukan cakap kosong tetapi tindakan drastik ini demi peningkatan pasukan serta peminat setia yang sentiasa memberi sokongan dan bukannya berniat untuk menyekat periuk nasi pemain,” katanya.

Selain gagal layak ke final Piala FA, skuad Peteh tewas lima perlawanan berturut-turut kepada FELDA United, PDRM, Pahang dan dua kali kepada Johor DT.

– hmetro

7 COMMENTS

  1. Presiden dok turun padang…Pengurus kayu dok pandai nak motivasi kpd permain..nak salah permain…..presiden cakap je panadai muka dok nampak turun padang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here