Shopping Mayang Mall nok buka kat Terengganu? Kemah Keming! (5 Gambar & Video)

0
393
Mayang Mall akan dibuka di Kampung Tanjung Kuala Terengganu.

Ketika rakyat Terengganu masih sibuk memperkatakan tentang panggung wayang yang baru dibuka beberapa hari lalu, hari ini negeri Terengganu bakal mendapat satu lagi khabar gembira apabila sebuah tempat membeli belah Mayang Mall bakal dibina di Kuala Terengganu tahun ini.

Menurut video yang dikongsi pengguna Facebook – Wan Abas, kompleks membeli belah ala Sogo Kuala Lumpur akan diwujudkan di Kampung Tanjung berhampiran Jambatan Angkat (Draw Bridge).

Dalam video itu memberitahu pembinaan Mayang Mall akan bermula pada 2017 dan dijangka siap pada tahun 2020.

Pelbagai komen positif diterima daripada netizen yang teruja dengan pembinaan tempat ‘shopping‘ berkenaan.

Kompleks tersebut lengkap dengan pelbagai butik dan cawangan barangan terkenal seperti yang ada di negeri lain.

Selain itu Mayang Mall akan menyediakan 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu apabila siap kelak yang dibina oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dengan kerjasama Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd.

Mayang Mall akan memberi manfaat kepada rakyat Terengganu dan tidak perlu lagi ke Kuantan atau Kota Bharu untuk membeli belah seperti yang berlaku sebelum ini. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here