Seorang maut, enam cedera kereta bertembung van di Paka (14 Gambar)

0
12529

Dungun – Seorang maut dan enam cedera selepas dua kenderaan bertembung di Kilometer 95.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Tebing Tembah, sebentar tadi.

Bagaimanapun, setakat ini identiti semua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kereta Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu dipercayai terbabas ke kanan jalan di tempat kejadian.

Kenderaan terbabit melepasi penghadang jalan sebelum bertembung dengan sebuah van yang datang dari arah bertentangan.

Seorang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang mangsa parah manakala lima yang lain cedera dan dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Zulkifli Mohd Ali berkata, sepasukan lima anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia dibawa keluar oleh orang ramai manakala pemandu van yang tersepit dikeluarkan anggota bomba.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here