‘Romantik bagai, takkan tidur asing-asing?’ – Giliran ibu Joy Revfa pula sindir Hafiz Hamidun

0
5002

Umum mengetahui pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa. Bukan sahaja rumit dengan masalah dokumentasi, tetapi juga dengan campur tangan keluarga.

Kalau sebelum ini kakak Joy bersuara, kini giliran maknya pula menyindir menantunya, Hafiz yang kononnya beliau tidak pernah menyentuh anak perempuannya ketika berbulan madu.

Menerusi akaun Facebook, ibu Joy yang dikenali sebagai Safiah Abbas telah memuat naik beberapa kenyataan menyindir Hafiz mengenai dakwaan penyanyi itu yang tidak pernah melakukan hubungan suami isteri walaupun ketika mereka berbulan madu.

Malah ibunya turut memuat naik video ‘throwback’ bulan madu pasangan itu demi menyindir menantunya.

Rasanya sebagai ibu bapa, tidak perlulah terlalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak, cukuplah hanya menasihati.

Sebagai orang yang lebih tua, tunjukanlah sikap yang lebih matang di depan anak-anak. Kalau ibunya sudah begitu, tidak hairanlah anaknya juga berperangai yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here