Rakyat Terengganu boleh mohon 5,900 tanah mulai 1 Ogos ini – Ahmad Razif

0
13582
Bersama peserta konvoi Jelajah 1Jiwa BERNAMA sempena sambutan ulang tahun ke-50 di Wisma Darul Iman hari ini.

Kuala Terengganu – Kerajaan negeri akan mula mengiklankan tawaran 5,900 tanah lot kosong di seluruh daerah kepada rakyat Terengganu yang layak mulai 1 Ogos ini .

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, maklumat tawaran itu akan dipamerkan di pejabat tanah, daerah dan pejabat DUN seluruh Terengganu berkuat kuasa selepas tarikh tersebut.

Katanya, syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi pemohon adalah rakyat Terengganu, tidak memiliki tanah, sudah berkahwin dan berpendapatan rendah.

Tambahnya, bagi rakyat yang tidak memenuhi syarat kelayakan boleh memohon bagi permohonan sedia ada yang masih dibuka kepada umum.

‘Keputusan mesyuarat EXCO telah membuat persetujuan iklan tawaran 5,900 tanah lot kosong akan mula diiklankan pada 1 Ogos ini’.

‘Maklumat tentang tanah-tanah yang kosong akan dipamerkan di pejabat-pejabat tanah, daerah, jabatan kerajaan, dimasukkan dalam laman web dan di pejabat pusat khidmat DUN’.

‘Saya berharap program yang dilaksanakan ini akan membantu rakyat secara tidak langsung menyelesaikan masalah rakyat yang tidak memiliki tanah lagi’

‘Syarat permohonan ini adalah rakyat Terengganu, pengundi di negeri Terengganu, sudah berkahwin, hanya satu permohonan bagi setiap pasangan, pendapatan dan beberapa syarat lain.

‘Walau bagaimanapun proses yang biasa masih diteruskan iaitu bagi orang yang tidak layak mengikut syarat boleh memohon seperti biasa dengan mengisi borang, kena bayar yuran RM10 dan syarat lain yang ditetapkan oleh pejabat tanah’ katanya.

Baca : Jelajah 1Jiwa Bernama tiba di Terengganu

Beliau berkata demikian selepas melepaskan konvoi Jelajah 1Jiwa BERNAMA sempena sambutan ulang tahun ke-50 di Wisma Darul Iman sebentar tadi. Hadir sama EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu Mohd Johari Abu Bakar. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here