Pokok ‘Ceiba Chodatii’ Hidup Semula Hari Ini

0
2277

Pokok  Ceiba Chodatii’  di Bandar Baru Kuala Nerus  masih hidup dan sekarang dalam proses bertunas kata pembekal  dan juga Juretera Lanskap Mohd Nasir Md Amin yang menjaga pokok berkenaan.

 

Beliau juga pembekal dari syarikat Sheby Global Nursery itu  membuat penafian  kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berkenaan  ‘Pokok RM180,000 mati”.

 

Menurut  Mohd Nasir, pokok tersebut ditanam lima bulan lalu itu mengalami  proses pemulihan kerana foktor cuaca menyebabkan ianya mengalami penguguran daun tapi ini bukan bererti pokok ini mati.

pokok ini disiram 3 kali seminggu

 

Katanya, iklim cuaca daripada negara asalnya dengan  Malaysia pun ada dua musim iaitu cuaca panas dan sejuk jadi sekarang ni kita dalam proses cuaca yang panas untuk 5-6 bulan lalu menyebab daun yg tumbuh itu gugur.

 

“Pokok ni masih hidup lagi seperti mana yg saya telah periksa tadi, kelembapan air cukup dan still maintain lagi , cuma kita minta beri kita masa untuk  proses daun tumbuh semula .

 

“Tanda-tanda  tunas untuk  proses pengeluaran daun itu sudah bermula dari dahan-dahan pokok ini di bahagian atas sekali itu masih hijau .

 

 

“Itu  menunjukkan bahawasanya pokok ini masih sihat, cuma ia tidak berdaun dan kita ada bukti yang menunjukkan ranting-ranting  dibahagian hujung pokok itu masih hijau dan telah mula mengeluarkan tunas utk proses pengeluaran daun, katanya ketika ditemui Terengganu Times hari ini di lokasi pokok  Ceiba Chodatii itu ditanam.

ranting Pokok yang masih berwarna hijau dan bertunas ini yang menjadi bukti pokok itu masih hidup
pokok ini masih mempunyai daun hijau, dan ranting yang barus bertunas

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here