Pesuruhjaya PAS Terengganu Kalah Dalam Pertandingan AJK PAS Pusat

Pesuruhjaya PAS Terengganu Kalah Dalam Pertandingan AJK PAS Pusat

704
0

Image may contain: 19 people, people smiling, people standing

Muktamar tahunan PAS kali ke 63 Yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 2 mei (semalam) telah banyak dilihat perubahan dari dasar dan hala tuju politik parti itu yang mana berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Ramai muka-muka baru dan lama diadun oleh para perwakilan PAS kali ini dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada yang menang untuk mengemudi PAS terus maju dan kekal releven.

Tapi malangnya bagi negeri Terengganu, bebapa orang sahaja yang kekal dan ianya akan memberi saingan kepada pemimpin akar umbi dinegeri itu secara keseluruhannya.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Saitifu Bahri Mamat yang juga Adun Paka telah menerima kekalahan dalam pertandingan peringkat ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dengan memperolehi 500 undi lebih.

Nyata apa yang telah dilakukan oleh beliau tidak dapat diterima oleh perwakilan PAS kerana sikapnya membelakangkan Presiden Parti Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Sebagai contoh yang terbaru sebelum muktamar PAS ke 63 berlangsung, beliau dan barisan kepimpinan PAS Dun Paka telah menjemput Pengerusi PPBM Terengganu Dato’ Razali Idris berdiri diatas pentas  dalam satu ceramah didalam kawasan beliau.

Keputusan beliau itu membuatkan ahli-ahli serta perwakilan PAS keseluruhannya marah dengan tindakan beliau yang mana telah diketahui bahawa PAS tidak akan menjalinkan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) diantaranya PPBM yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut beberapa sumber PAS Terengganu, Saitifu akan direhatkan menjadi Pesuruhjaya PAS negeri itu kerana tidak berupaya  untuk mengemudi PAS Terengganu menghadapi UMNO dinegeri itu.

Beliau juga telah memasang impian untuk menjadi Menteri Besar Terengganu yang ke 15 setelah tumbangnya UMNOBN di negeri itu dan tidak mendengar nasihat dari orang-orang lama dalam PAS bahawa beliau tidak harus mengidamkan kerusi tersebut.

Persaingan untuk mendapat kerusi menteri besar Terengganu selepas PRU 14 nanti dengan beberapa nama yang dicanang oleh jenteranya diseluruh Terengganu dan disebabkan itu beliau dalam diam menjalinkan hubungan atau pakatan sulit dengan PPBM dan PAN Terengganu.

Perkara itu dapat dihidu oleh ponyokong-penyokong Tuan Guru Hadi dan disampaikan kepada Hadi untuk membuat sesuatu kepada pesuruhjaya PAs Terengganu itu.

Akhirnya beliau kecundang dalam pertanding AJK PAS Pusat dan nyawanya sebagau PesuruhjayaPAS Negeri Terengganu kini ditangan Presiden PAS sama ada mengekalkan beliau atau mengantikan dengan orang kepercayaan PAS Terengganu.

Beberapa nama sudah disenaraikan bagi mengantikan tapak kerusi pesuruhjaya PAS Terengganu diantaranya YB Kawasan Tepuh Hishamuddin Abdul Karim, Ahmad Amzad Hashim Pengarah Penerangan PAS Pusat, Mohd Nor Hamzah Adun Bukit Payong dan YB Ariffin Deraman dari Alur Limbat.

Nama-nama berkenaan telah berada dalam senarai Tuan Guru Hadi dan ianya akan difikirkan oleh beliau untuk menentukan halatuju PAS Terengganu bagi menghadapi PRU 14 nanti.

Ahmad Majid

Ahli PAS Terengganu

SUMBER

*AJK PAS PUSAT 2017 – 2019*

Pen. Tetap : Hj Hussin Ismail
Tim. P. Tetap : Us Kamal Ashaari

Presiden :
YB DSTG Hj Abd Hadi Awang

Tim Presiden :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Pres 1 :
YB Us Idris Ahmad

Naib Pres 2 :
YB Dato Nik Mohd Amar

Naib Pres 3 :
YB Dato Ir Iskandar Abd Samad

Ajk :
1. YB Us. Nik Abduh Nik Abd Aziz
2. YB Dato Dr Fadzli Hasan
3. Dr Us Ridhuan Mohd Nor
4. YB Dato Us Nasarudin daud
5. YB Dato Dr Mohd Khairudin Aman Razali
6. Dr Najihatussolehah
7. Dr Zuhdi Marzuqi
8. Dr Halimah Ali
9. Us Salihin Muhyi
10. Dr Ahmad Fakhrudin
11. Dr Rosni Adam
12. Hj Razman Zakaria
13. Dr Azman Ibrahim
14. Us. Mokhtar senik
15. Kamaruzaman Mohamad
16. YB Us. Abdullah husin
17. Us Misbahul munir Masduki
18. Ir Hj Mokhtar suhaili

Leave a Reply