Perut Polis Terburai Ditikam Selepas Salah Faham Ketika Pesan Roti Canai

0
1334

GOMBAK – Seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera selepas ditikam dua lelaki di sebuah restoran di kondominium di Selayang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun yang bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman bersama tiga rakannya sedang minum di restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila mangsa membuat pesanan makanan kepada suspek yang disangkanya pekerja restoran berkenaan.

Menurutnya, suspek kemudiannya menunjukkan isyarat lucah ke arah mangsa dan menyebabkan berlaku pergaduhan.

“Mangsa mengejar suspek di kawasan lobi tempat kejadian dan berlaku pergaduhan sebelum perut mangsa ditikam.

“Mangsa dihantar ke Hospital Selayang oleh rakannya dan kini dilaporkan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian itu, kedua-dua suspek berusia 24 tahun ditahan dan direman selama empat hari hingga Khamis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, suspek hanya mengalami luka calar akibat pergaduhan itu.

Difahamkan, mangsa ditikam dengan senjata dipercayai kerambit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda bahaya. -MYNEWSHUB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here