Perompak berparang samun kedai 24 jam di Chukai

Perompak berparang samun kedai 24 jam di Chukai

2380
0
Dua lelaki merompak kedai serbaneka di Chukai Kemaman semalam.

Dua perompak telah menyamun kedai serbaneka 24 jam dalam kejadian di bandar Chukai Kemaman kelmarin.

Kes berlaku jam 3:35 pagi dua suspek bersenjatakan parang dan memakai topi keledar bertutup penuh mengacukan kepada penjaga premis untuk memaksa menyerahkan wang tunai.

Selepas mendapat duit dan menyelongkar tempat cashier, suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian sila berhubung dengan pihak Polis di talian 098591999 untuk membantu siasatan. – Terengganu Times

Leave a Reply