Pencari barang lusuh maut dipanah petir di kawasan pembuangan sampah

Pencari barang lusuh maut dipanah petir di kawasan pembuangan sampah

508
0

Ajil – Lelaki maut dipanah petir di tapak pembuangan sampah di Batu 22 Jalan K.Berang-Ajil, Kuala Berang.

Mangsa, Mat Junoh Mamat, 51, dari Batu 21 Kampung Merbau Pulas, Ajil, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata aduan diterima di Balai Polis Kuala Berang pada 6.25 petang semalam.

Katanya, aduan memaklumkan penemuan mayat lelaki di tempat pembuangan sampah oleh orang awam.

“Pegawai dan anggota polis bertugas kemudian ke lokasi kejadian iaitu di tempat pembuangan sampah di Batu 22 Jalan Ajil-Kuala Berang dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang.

“Mangsa bekerja sebagai pengumpul barang terpakai di kawasan itu dan berdasarkan keterangan keluarganya, dia keluar bekerja pada kira-kira 8 pagi.

“Keluarga mangsa memberitahu arwah tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya pada kira-kira 5 petang,” katanya hari ini.

Menurutnya, anak mangsa, Sabri, yang keluar mencari bapanya di tempat kejadian menemui mangsa sudah meninggal dunia dekat pondok di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kulit terbakar di leher, tangan dan perut melecur.

“Laporan bedah siasat yang dilakukan oleh hospital mengesahkan meninggal dunia terkena petir,” katanya. – harian metro

Leave a Reply