Pelumba basikal Terengganu maut nahas motor lawan kereta di Paloh (5 Gambar)

Pelumba basikal Terengganu maut nahas motor lawan kereta di Paloh (5 Gambar)

38423
0
Kemalangan berlaku di Kampung Paloh Kuala Terengganu malam tadi.
Kemalangan berlaku di Kampung Paloh Kuala Terengganu malam tadi.

Bekas pelumba basikal Terengganu maut selepas terbabit dalam kemalangan motosikal dengan kereta di Kampung Paloh Kuala Terengganu malam tadi.

Menurut sumber nahas jam 12:15 tengah malam itu dipercayai sebuah kereta jenis Nissan Almera cuba membuat pusingan U Kampung Pulau Rusa namun tidak menyedari sebuah motosikal Honda Dash datang dari arah Jambatan Manir lalu menyebabkan kereta tersebut dirempuh.

Mangsa Ahmad Fikri Ahmad Fadli 20 tahun berasal dari Banggol Peradong Manir meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian badan.

Mangsa yang dipanggil Along boy merupakan bekas atlet pasukan basikal Terengganu.

Berita penuh menyusul. – Terengganu Times

fb_img_1480124941861 img-20161126-wa0007 img-20161126-wa0002 img-20161126-wa0006

Leave a Reply