Paip bocor, permintaan tinggi punca masalah gangguan air berlaku

0
1231
img-20161123-wa0015
Ir Rosli Othman

Masalah gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa tempat di Terengganu sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada paip bocor, tekanan air rendah dan permintaan yang tinggi ketika musim perayaan.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Tenaga & Teknologi Hijau Ir Rosli Othman berkata bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri telah akan membuat sistem agihan air supaya bagi memenuhi keperluan orang ramai dan menggantikan paip-paip yang rosak yang wujud sejak zaman merdeka untuk melancarkan pengaliran bekalan air.

‘Masalah paip bocor, tekanan air rendah dan berlaku permintaan tinggi terutamanya pada musim perayaan seperti raya puasa, raya haji dan cuti panjang’.

‘Kita akui ada masalah di Manir dan Marang iaitu masalah utama kita perlu menukar sebahagian besar sistem agihan contohnya di Kuala Terengganu paip-paip sistem agihan yang ada adalah zaman merdeka’.

‘Kerajaan negeri secara berterusan mengambil langkah efektif iaitu bagi mengatasi masalah ini dengan kemampuan yang kita ada pada hari ini langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak bertanggung jawab adalah kita buat agihan aliran air untuk memenuhi keperluan semua masyarakat dalam satu masa kita mewujudkan satu system tekanan rendah di sesetengah tempat kita tinggikan di tempat lain supaya bekalan air sampai’.

‘Kedua kita ambil pendekatan untuk menukar paip-paip bagi mengatasi masalah paip bocor dan merendahkan NRW (Kadar air tidak terhasil) kita dan untuk makluman ahli dewan walaupun dalam keadaan kekangan kewangan kita hadapi kita adalah top 2 terbaik dari segi NRW paling rendah di negara ini’ katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman ketika menjawab soalan yang dikemukakan Adun Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut.

Rosli memberitahu perancangan yang dilakukan kerajaan negeri ini turut merupakan langkah jangka panjang dalam menyelesaikan masalah bekalan air di Terengganu.

‘Selain daripada itu kerajaan juga sebagai langkah jangka masa panjang sedang perancangan untuk menjalankan projek ini secara holistik bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kuala Terengganu utara dan menyelesaikan masalah kurangnya tekanan di kawasan tertentu dan menukar paip-paip yang mana perlu kita laksanakan’.

‘Ini adalah perancangan kita masa depan yang diambil oleh kerajaan negeri Barisan Nasional untuk memastikan masalah air selesai secara holistic dan perkara ini 2,3 tahun perjalanan projek  ini akan menyaksikan kita bebas masalah air sebahagian besar sehingga tahun 2030’ tambahnya. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here