Minggu PKS pupuk semangat keusahawanan – MB Razif

Minggu PKS pupuk semangat keusahawanan – MB Razif

258
0
Salah seorang penerima bantuan kewangan kepada PKS Terengganu.

Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2017 peringkat kebangsaan di bawah SME Corp. Malaysia yang diadakan di Terengganu Trade Centre (TTC) bermula 17 hingga 21 Mei mempunyai banyak kebaikan dalam memupuk keusahawanan dalam kalangan rakyat khususnya belia yang berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif berkata, karnival tersebut akan menarik lebih ramai usahawan dan orang ramai menyertai dan mendapat manfaat daripada bantuan dan sokongan perniagaan serta khidmat nasihat berkaitan perniagaan bagi membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan.

Selain itu, fokus penganjuran kali ini adalah menjurus kepada pelaksanaan program-program di bawah Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT seperti Mini Maha, My Best Farm Outlet, Satu Daerah Satu Industri (SDSI), karnival food truck dan sebagainya.

‘Minggu PKS ini merupakan inisiatif kerajaan di bawah MITI. Ianya juga satu platform yang sangat penting dalam memupuk semangat keusahawanan serta menganjak paradigma daripada pencari pekerjaan (Job Seekers) iaitu mereka yang makan gaji, kepada pencipta pekerjaan (Job Creators) iaitu majikan’.

‘Harapan saya agar segala inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan dalam membantu PKS, dapat memberi cetusan semangat dan menjadi pendorong kepada semua pengunjung khasnya rakyat Terengganu untuk mencipta lebih banyak cerita kejayaan terutamanya dalam bidang keusahawanan’ katanya selepas merasmikan Minggu PKS 2017 peringkat kebangsaan di TTC hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi SME Corp. Malaysia Datuk Dr. Hafsah Hashim.

Ahmad Razif dan Mustapha Mohamad.

Dalam majlis itu juga turut diadakan penyampaian bantuan kewangan kepada PKS Terengganu, Pemenang Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif 2017 Zon Timur, penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik dan pelancaran Hub PKS Bergerak.

Karnival PKS yang bertemakan Mula Berdikit, Azam Melangit’ menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk ditawarkan sepanjang program berlangsung yang mensasarkan lebih 20,000 pengunjung sepanjang lima hari berlangsung. – Terengganu Times

Leave a Reply