Melon Manis Terengganu diiktiraf 5 bintang – Pehimi Yusof

0
1579
img-20161123-wa0011
Dato’ Muhammad Pehimi Yusof

Projek pengeluaran Melon Manis Terengganu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Besut telah mendapat pengiktirafan lima bintang sejak tahun 2012 hingga 2016 oleh Jabatan Pertanian dan meraih tempat ketiga terbaik TKPM dari 75 TKPM seluruh Malaysia.

Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, projek melon disifatkan berjaya dan telah mencapai nilai pengeluaran sebanyak RM35.55 juta dari tahun 2006 hingga 2015.

‘Projek melon manis Terengganu yang diusahakan oleh Jabatan Pertanian di TKPM di seluruh negeri Terengganu merupakan projek yang sangat berjaya’.

‘Projek yang ditanam di TKPM Besut telah mendapat pengiktirafan 5  bintang daripada Jabatan Pertanian dan untuk peringkat nasional TKM Besut mendapat tempat ketiga drpd 75 TKPM seluruh negara’.

‘Berkait dengan untuk menambahbaikan lagi kita jadikan projek ini adalah merupakan tanaman yang eksklusif kita tidak membenarkan ramai sangat menanam melon manis Terengganu ini kita minta pengeluaran dalam had-had tertentu untuk kita jaga dari segi kualiti’.

Melon Manis Terengganu semakin dapat perhatian.
Melon Manis Terengganu semakin dapat perhatian.

‘Alhamdulillah melalui promosi yang dibuat oleh kerajaan Terengganu terutamanya sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan kita jadikan buah melon manis Terengganu bukan sahaja untuk dimakan tetapi buah untuk dijadikan hadiah menjadikan ia lebih bernilai tinggi’ katanya ketika Sesi penggulungan perbahasan Bajet 2017 Dewan Undangan Negeri semalam.

Menurut Pehimi, seramai 30 daripada 34 peserta TKPM telah mendapat pendapatan bersih sebanyak lebih RM5000 sebulan dan penanaman melon mengambil masa 65-68 hari sahaja untuk menuai hasil serta ia amat sesuai untuk diceburi belia-belia yang ingin memperoleh pendapatan cepat. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here