‘Macam nak muntah berlakon babak romantik dengan Fikry Ibrahim’ – Siti Nordiana

0
6396

Penyanyi Siti Nordiana akui kekok menjadi pasangan kekasih Fikry Ibrahim dalam telemovie terbaharu Cakelat Semanis Honey.

Menurut Nana, rasa kekok itu tetap ada walaupun meskipun pernah digandingkan bersama sebagai pengacara dalam program Gema Gegar Vaganza.

“Pada awalnya memang saya berasa kekok untuk berlakon sebagai pasangan kekasih bersama dengan Fikry kerana perbezaan usia diantara kami.

“Saya dan Fikry dah macam kakak dan adik tapi apabila berada di set penggambaran kami terpaksa menggunakan gelaran awak dan saya.

“Kadang-kadang saya rasa macam nak muntah pun ada apabila perlu melakonkan babak yang romantik bersama Fikry memandangkan watak kami sebagai pasangan kekasih.

“Namun lama-lama perkara itu dah jadi biasa dan kami juga sudah mendapat keserasian untuk membawa yang diberikan dengan baik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here