Lelaki Ditahan Padah Hina Polis Di Laman Sosial…

Lelaki Ditahan Padah Hina Polis Di Laman Sosial…

746
0

KUALA TERENGGANU – Seorang kakitangan kerajaan ditahan tengah malam semalam selepas disyaki memuat naik komen menghina polis di laman Facebook.

Lelaki berusia 26 tahun itu memuat naik komen yang menghina anggota polis selepas tidak berpuas hati dikenakan saman atas kesalahan nombor pendaftaran kenderaannya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, pada Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, lelaki itu yang juga merupakan seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Terengganu ditahan pada 12.40 tengah malam di Dataran Shahbandar.

“Kita menerima ‘screenshot’ Facebook yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp yang memaki hamun pihak polis dengan kata-kata kesat selepas mengeluarkan saman kepadanya kira-kira jam 9.19 malam.

“Tindakan lelaki itu telah menjatuhkan maruah dan integriti polis,” katanya memetik Sinar Harian.

Dalam komen berkenaan, suspek mendakwa dia pernah ditahan 100 kali ketika melalui sekatan jalan raya, tetapi tidak pernah disaman atas kesalahan tersebut.

“Selain itu, suspek turut menghina polis yang dikatakan kurang ajar dan tiada budi bahasa. Komennya itu tular di media sosial termasuk WhatsApp sebelum satu laporan polis dibuat 9.19 malam pada hari sama.

“Susulan laporan dibuat, polis bertindak menahannya dan turut merampas sebuah telefon bimbit untuk siasatan lanjut,” katanya. – MYNEWSHUB 

*Video di bawah sekadar hiasan…

Leave a Reply