Lebih 3000 Jentera BN Marang Hadir

0
596

SERAMAI lebih 3000 orang jentera UMNO BN Marang hadir dalam Pelancaran Gerak Gempur dan Jentera Pilihan Raya Parlimen Marang semperna pilihanraya UMUM ke 14 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di Dewan Majlis Daerah Marang.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi BN Terengganu mahu seluruh jentera memainkan peranan dalam gerak kerja semasa PRU nanti dan memberi fokus kepada apa yang telah dirancang oleh parti.

Katanya ketika memberi ucapan perasmian tersebut, beliau berkeyakinan gelombang rakyat akan membantu BN merampas tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta parlimen Marang nanti.

Tambahnya, hari ini sokongan rakyat kepada BN terus meningkat kepada 61 peratus pada 2017 dan sebelum ini hanya 60 peratus, ianya perkembangan yang baik dengan gelombang rakyat yang mahukan BN terus kekal memerintah Terenganu.

‘Peningkatan satu peratus berbanding jumlah 60 peratus yang direkodkan pada 2016 itu diperoleh berdasarkan hasil kaji selidik yang dibuat sekumpulan ahli akademik pada November tahun lalu’

‘Kajian itu turut mendapati tahap keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN meningkat kepada 71 peratus’

‘Bagi mengukur penerimaan rakyat terhadap hala tuju negeri, selepas para akademik membuat kajian berjumpa responden dan melihat segala pembangunan, data-data serta statistik akhirnya keputusan memihak kepada kita dengan jumlah positif sebanyak 65 peratus’, katanya.

Selain itu mengenai perasaan terhadap parti politik, sebanyak 54 peratus menyatakan gembira dengan BN sekali gus melepasi jumlah 50 peratus yang direkodkan tahun sebelumnya,” katanya.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Marang YB A. Latiff Awang, Timbalan Ketua UMNO Dato’ Nik Dir Nik Wan Ku, Naib Ketua UMNO Dato’ Saiful Bahri Baharuddin, Ketua Wanita UMNO To’ Puan Zaitun Mat Amin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO  Jasmira Othman dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Marang Laila Mat Daud.

 

Turut bersama mantan Ahli Parlimen Marang Dato’ Abdul Rahman Bakar, mantan Adun Bukit Payung Dato’ Dr Abdul Latif Awang dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu Dato’ Muda Mamat.

Sehubungan dengan itu Ahmad Razif berkata, BN Terengganu berada di landasan betul dalam memastikan parti itu terus teguh memerintah negeri ini sekali gus mengisytiharkan ‘serangan’ untuk menawan kembali empat Parlimen yang dikuasai pembangkang pada pilihan raya lalu.

‘Saya meminta seluruh kepemimpinan UMNO negeri tidak menjadikan soal perpecahan pembangkang sebagai peluang untuk menang kerana kunci kejayaan dalam PRU ini adalah membabitkan faktor calon dan kekuatan jentera’

‘Calon boleh menang dengan syarat tidak ada ‘peteh keting’, tidak ada musuh dalam selimut dan tidak ada gunting dalam lipatan. Siapa sahaja calon yang membawa bendera BN wajib kita sokong’

‘Sudah sampai masanya kita lupakan persengketaan, perbalahan dan permasalahan antara kita serta perlu berjiwa besar. Kalau sudah takdir dia jadi calon, terimalah dan beri sokongan padu kepada pemimpin UMNO dan BN,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here