Kereta Honda Civic FD terbakar di LPT2 (Gambar & Video)

0
3021
Honda Civic FD terbakar di Exit Perasing LPT2. -Gambar ‎Imiey Zul‎

Kemaman – Sebuah kereta Honda Civic FD2 telah terbakar selepas terlibat kemalangan dalam kejadian di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Exit Perasing tengah hari tadi.

Menurut saksi kejadian, kereta berkenaan yang dinaiki empat orang telah terbabas dan melanggar divider lalu terbakar di kilometer 254  kira-kira jam 1:30 tengah hari.

Kesemua mangsa sempat menyelamatkan diri manakala keretanya hangus terbakar dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook.

Api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba. Jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here