Kerajaan negeri tanggung kos rawatan pesakit kronik

Kerajaan negeri tanggung kos rawatan pesakit kronik

1372
0
Danish Darwish Mohd Hashim diziarahi MB Razif dan isteri.

Kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos rawatan Nur Sofeatul Aiesha Zamani,2 yang menderita penyakit kronik air dalam kepala yang menyebabkan struktur kepala menjadi besar.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kes ini kan dirujuk kepada Pakar Kanak-kanak Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS) untuk tindakan susulan.

Beliau juga menyatakan kerajaan negeri akan meminta KTS membantu memberi rawatan fisioterapi kepada dua beradik istimewa Erynn Elrina Mohd Hashim,17, dan Danish Darwish Mohd Hashim,13 yang mengidap penyakit ‘cerebral palsy ‘.

Nur Sofeatul Aiesha Zamani mengidap penyakit kronik air berlebihan dalam kepala.
Halina Zakaria menemui Erynn Elrina Mohd Hashim.

Baca : MB walkabout bersama masyarakat Ajil (6 Gambar)

Baca : Bina sistem saliran atasi banjir di Ajil – Ahmad Razif

Baca : Program Free Market di Wisma Darul Iman Isnin pertama setiap bulan

Ahmad Razif meminta Adun Ajil Ghazali Taib melihat keperluan yang diperlukan oleh kedua-dua pesakit itu bagi memudahkan pergerakan mereka.

Menurut ibunya Erynn dan Danish mengalami penyakit ‘cerebral palsy ‘ sejak kecil lagi. – Terengganu Times

Leave a Reply