Jom Tonton Slot Akhir 7 Hari Mencintaiku

Jom Tonton Slot Akhir 7 Hari Mencintaiku

663
0

Slot Akhir Drama Akasia TV3 ” 7 Hari Mencintaiku” yang ditayangkan pada 7.00 malam ini menjadi igauan dan tanda tanya penonton. Apakah pengakhiran kisah Mia Andriana dengan Dr. Khuzairi?

Sambungan dari kisah episod 27, Khuzairi mengela nafaz panjang, wajahnya yang basah dengan air mata itu diraup perlahan. Dengan tubuh yang longlai dia menyandar di tepi katil dan bekas cincin masih tergenggam ditangan dipandang sayu.

Namun dengan hati yang retak seribu , Khuzairi membuka bekas cincin itu. Wajahnya terus berubah, jantung Khuzairi sudah berdegup tidak sekata,cincin berlian itu tidak berada di dalam bekasnya.

Shukri Yahya dan Siti Saleha

Makin kencang Khuzairi merasakan dengupan jantungnya, dengan pantas dia berpaling, bibirnya sudah terketardengan matanya dipenjam celik berkali-kali.Nafaznya turun naik laju seperti dia mahu menjerit namun suaranya bagaikan tersekat.

Selangkah demi selangkah , dia menuju ke pintu dengan tangan separuh mengigil, dia memegang pipi perempuan( MIA ADIRIANA) yang berdiri didepannya.

Akhirnya air mata Khuzairi mngalir laju, terus perempuan yang amat dicintainya itu dipeluk sekuat hati bagaikan tidak akan dilepaskan lagi.

“Mia dah balik sayang, Mia dah balik…Isteri Abang dah balik…Mia takkan tinggalkan Abang lagi kan? Sayang takkan tinggalkan Abang lagi kan? Janji dengan abang sayang…. Janji dengan Abang” Tangis Khuzairi merayu kepada isterinya Mia yang baru pulang dari UK.

Itu lah kisah akhir drama “7 hari mencintaiku” lakonan Shukri Yahya dan Siti Saleha yang mendapat sambutan hangat dari penonton seluruh negara…

jangan lupa saksikan kisah ini hari….

Buntat dalam kenangan…
para pelakon drama 7 hari mencintaiku

Leave a Reply