‘Innalillah, isteriku sudah tiada…’ – Pesakit kanser darah meninggal dunia

0
16791

Seorang wanita yang menderita penyakit kanser darah tahap empat sejak Oktober tahun lalu meninggal dunia, sebentar tadi.

Noor Fatiha Mohd Sa’ad, 30, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Raub, jam 9.57 pagi.

Berita sedih tersebut dikongsikan suami Allahyarham, Mohd Yusof Mohd Hashim, 31, melalui kemas kini status di laman sosial Facebooknya hari ini.

“Innalillah..isteri dah pergi bertemu pencipta..ya Allah ampunkanlah dosa isteriku…pada semua tlg jgn call atau msg sy..sy mohon…doakan segala dipermudahkan..,” tulisnya.

Sebelum itu, Yusof turut memuat naik status memberitahu keadaan isteri yang sedang bertarung nyawa di Hospital Raub.

“Doakan isteri..sekarang di hospital raub..drah keluar xhenti2..Allah…,” tulis Yusof.

Kisah penderitaan Noor Fatiha menjadi viral selepas suaminya, Yusof merayu sumbangan orang ramai untuk membantu merawatnya menggunakan kaedah alternatif selepas rawatan kimoterapi gagal menunjukkan perubahan.

Menurut Yusof, dia tidak membawa isterinya menjalani rawatan sebelum ini selain kimoterapi kerana masalah kewangan.

[‘Hayat isteri hanya tinggal 3-4 minggu sahaja’]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here