#InfoBanjirTerengganu : SSTTB Terus Menabur Khidmat

#InfoBanjirTerengganu : SSTTB Terus Menabur Khidmat

475
0
Tengku Seri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Sultan Mahmud

Hampir 200 orang Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) pagi ini membersih di 2 pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Banggol Peradang dan Sekolah Kebangsaan Bukit Guntung yang mana sebelum ini menjadi pusat pemindahan banjir bagi kawasan tersebut.

SSTTB terus giat membantu mangsa banjir di kawasan berkenaan dan turut terlibat Angkatan Tentera (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan NGO membersih kediaman serta kawasan sekolah yang terlibat dengan banjir.

Turun sama Tengku Seri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Sultan Mahmud dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin bin Haji Ali Hussin di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntung.

Seramai 204 orang mangsa banjir di 2 daerah Dungun dan Kuala Nerus kekal 204 orang daripada 58 keluarga setakat 8 pagi ini.

Menurut laporan laman web etindakan Banjir Negeri Terengganu di Kuala Kuala Nerus, Sekolah Kebangsaan Gemuruh masih menempatkan 126 mangsa dari 38 keluarga seperti malam tadi.

Begitu juga di Dungun, ia kekal tidak berubah iaitu seramai 78 orang (20 keluarga) yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau.

 

 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin bin Haji Ali Hussin

Sementara itu, Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya melalui laman web www.met.gov.my mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama).

Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan Kelantan dan Terengganu hari ini.

Keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

 

 

Leave a Reply