Ibu pelajar terbaik SPM Terengganu dedah amalan didik anak cemerlang dunia &...

Ibu pelajar terbaik SPM Terengganu dedah amalan didik anak cemerlang dunia & akhirat

22414
0

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selepas anakanda Husna Mardhiyyah diumumkan sebagai pelajar SPM 2016 terbaik negeri Terengganu (Alhamdulillah thumma Alhamdulillah) dan videonya tular di media sosial, agak ramai juga para netizen yg request friend dgn saya walaupn saya hanyalah ibu, bukan tuan empunya diri.

Sebahagiannya dengan permintaan agar saya share macamana cara mendidik Husna hingga berjaya akademik & hafazannya. Menyedari diri al faqir yang penuh dengan berbagai kelemahan ini, terasa amat segan untuk berkongsi apa-apa. Justeru, saya cuma Whatsapp secara personal sedikit perkongsian yang ada.

Allah izin, dalam tiga hari ini ada dua orang kenalan bertanya lagi berkenaan rahsia mndidik anak. Teringat kata-kata ummi angkat Husna; Ustzh Muzayyanah Abdullah…kongsikan apa-apa yg baik, kerana ia adalah sumbangan kita untuk ummah.

Justeru, di sini saya buang rasa segan untuk share sesuatu yang saya harapkan akan memberi manfaat kepada sahabat-sahabat.

Sebenarnya tak ada rahsia pun…saya didik Husna & anak2 lain sama je mcm sahabat2 lain. Namun, apa yg saya tulis ni adalah utk memperingatkan diri / revision utk kebaikan bersama, in shaa Allah.

Yang penting, sebelum kahwin…niatkan nk bina baitul muslim, baitul mu’min & baitul da’wah lillahi taala…nak lahirkan generasi soleh & solehah yang boleh menyampaikn Islam kpd yg lain. Seboleh2nya pilih pasangan yg kita rasakan boleh saling lengkap mlengkapi ke arah itu.

Sentiasa Amalkan Membaca 3 Surah Sejak Dari Awal Kehamilan

Dari awal kehamilan, sentiasa amalkan membaca tiga surah iaitu Surah Maryam, Luqman & Yusuf.

Sentiasa berzikir & baca Al Quran kepada anak-anak dari sejak lahir lagi…kalau tak sempat , pasanglah tape-tape mengaji, kurangkan lagu-lagu & hiburan yang lagha. Kalau nak beli CD atau apa sahaja hadiah untuk anak-anak, pastikan ada elemen ilmu. Begitu juga dengan permainan, pastikan boleh membina/menguji minda. Tanamkan minat membaca dengnn membeli bahan-bahan bacaan Islamik.

Dari kecil, didik anak utk mnjadikan Islam sbg cara hidup. Ajar doa2 harian & segala amalan2 wajib & sunat, hantar anak2 ke program pemantapan rohani cthnya kem hafazan di masa cuti. Penuhi masa lapang anak2 dgn program2 ilmu.

Jaga Pemakanan, Elak Makanan Syubhah

Pemakanan juga amat penting. Elakkan dr makanan syubhah. Cek betul2 bahan2 sblum mmbeli mknn utk keluarga.

Jika ada kemampuan, hantar anak2 ke sekolah agama. Kami ibubapa Husna tak mampu nk melengkapkan diri anak2 dgn ilmu agama yg mndalam krn kami bukan dr aliran agama.

Saya bekas pelajar MRSM K. Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala abi Husna bekas pelajar MRSM Kulim & lulusan Professional Accounting dari UK.

Justeru, Husna & adik beradik kami hantar bersekolah rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yang mnggunakan kurikulum MUSLEH, yang menekankan keseimbangan dari segi akademik, akhlak & pemantapan rohani.

Memang agak perit dari segi monthly expenses tapi itulah namanya pengorbanan. Semoga menjadi saham akhirat untuk kami.

Selalu Bawa Anak-Anak Menghadiri Majlis Ilmu

Selalu bawa anak-anak ke majlis-majlis ilmu dari kecil lagi. Untuk tidak mnganggu majlis, kita duduk di belakang atau di luar, supaya gelagat atau kerenah ank2 kita tidak mnjadi gangguan kpd org lain.

Walaupun kita tidak dpt 100% ilmu yg dsampaikn krn terpaksa melayan ank2, ini adalh usaha utk mndapat keberkatan org2 alim dg mghadiri mjlis ilmu yg diibaratkan sbg taman2 syurga.

Sentiasa Menjaga Hubungan Dengan Allah Dan Sesama Manusia

Kunci kejayaan anakanda Husna ialah menjaga hubungan dengan Allah & manusia. Husna selalu mohon maaf & doa restu ibubapa. Dia amat yakin bahawa doa ibu tiada hijabnya. Kadang-kadang sampai entah berapa kali minta maaf & doa dalam sekali call.

Selalu pesan pada anak-anak untuk jadi orang berguna, bukan hanya pada diri & keluarga tapi juga kepada ummah.
Saya selalu pesan supaya Husna tolong kawan-kawan walaupn dia sendiri kadang-kadang tak sempat study (dia banyak terlibat dengan aktiviti luar)….bila kawan datang minta tolong ajarkan, jangan hampakan…..sentiasa tolong orang, In Shaa Allah, Allah akan bantu kita.

Sentiasa Menghormati Guru

Juga, amat penting juga menghormati guru kerana di situlah letaknya keberkatan ilmu.

‘Saya Amalkan Doa Yang Ustaz Kazim Ajarkan Ini’

Sentiasa doakan anak-anak dalam sujud terakhir solat. Saya amalkan doa yang Ustaz Kazim Elias share iaitu ayat 82 dalam Surah Yasin;

Innamaa amruhuu izaa araa dasyai an, an ya quululahu kun ….(masa ni kita doa lah apa nak doa dalam hati )…. fayakun.

Doa ini juga boleh diamalkan di waktu-waktu lain, bukan hanya dalam sujud trakhir.
Dalam mendidik anak, kita perlu jadi role model. Contoh, kalau nak anak solat di awal wktu, kita sendiri kena istiqamah. Kita nak anak yang positif & mengamalkan segala sifat-sifat mahmudah, kita sendiri kena terlebih dulu mengamalkannya.

Sentiasa niatkan segala apa yang kita lakukan sebagai ibadah, ikhlas kerana Allah.. Makan pun ibadah jika niatnya untuk menguatkan diri bagi meningkatkan ibadah & kita tidak makan makanan yang haram. Apatah lagi usaha untuk mendidik & mmbesarkan anak untuk melahirkan generasi yang berguna kepada ummah.

Juga, dalam melakukan setiap kebaikan, jangan lupa niatkan utk mengikut sunnah Rasulullah (saw) yg kita kasihi. Di smping beroleh manafaat dari kebaikan yg kita lakukan, kita juga in shaa Allah akan beroleh pahala berganda kerana mngikut sunnah yg sememangnya satu amal soleh yang disukai Allah.

Wallahu a’lam…..

Sesungguhnya saya masih terlalu amat banyakkkkkkkk kelemahan…cuma share skit2 yg saya tahu…smoga brmnfaat. Mana yg dirasakn baik tu boleh diamalkn..Yg kurang tu saya mohon brbanyak kemaafan.

Semoga kita sentiasa mendapat redha Allah di dunia & akhirat.

Kredit penuh kepada: Dahlia Mohd Dagang

Leave a Reply