Hadi Awang Harus Letak Jawatan – Husam

Hadi Awang Harus Letak Jawatan – Husam

907
0

KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama jawatankuasa parti meletakkan segera jawatan mereka.

Gesaan itu dilakukan Husam berikutan kegagalan Pas untuk membentangkan RUU 355 di Parlimen yang selama ini rancak diusahakan.

Husam berkata, kejutan buat Pas itu sudah dijangka berlaku biarpun BN memberi keyakinan kepada rakyat RUU 355 boleh dibentangkan di Parlimen.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tidak akan bentang RUU 355]

“Secara ringkasnya, saya minta Presiden Pas dan jawatankuasa Pas meletakkan jawatan secara bersama. (Sebab) yang berlaku ini satu tindakan politik merosakkan nama Pas.

“Dia telah memecahbelahkan pakatan pembangkang, pecahbelahkan Pas dan meletakkan Pas sebagai satu badan politik yang tidak dapat difahami oleh rakyat jelata,” katanya kepada media semalam.

Mengulas lanjut, Husam memberitahu, semasa beliau masih berada di dalam Pas lagi perkara sebegini telah dibincangkan namun tidak diendahkan.

“Tetapi tiba-tiba RUU 355 dibawa secara persendirian oleh Ahli Parlimen Marang tanpa persetujuan jawatankuasa Pas Pusat pada waktu itu,” katanya.

Husam berkata, Abdul Hadi tidak boleh melepaskan diri kerana telah mencemarkan kredibiliti Pas.

Leave a Reply