FC Pemanis wakil Terengganu beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil

FC Pemanis wakil Terengganu beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil

949
0
FC Pemanis jadi wakil Terengganu dan Pantai Timur berentap di Hari Komuniti Bola Sepak yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kelab FC Pemanis yang berpangkalan Kampung Pulau Manis Serada Kuala Terengganu telah terpilih mewakili negeri Terengganu dalam kejohanan Hari Komuniti Bola Sepak yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 19 Mei esok.

Lebih menarik, FC Pemanis adalah satu-satunya wakil dari Pantai Timur yang akan beraksi pada kejohanan itu dan ini menjadi kebanggaan dan pengiktirafan kepada wakil pasukan negeri Terengganu.

FC Pemanis dijadualkan berlawan dengan pasukan Shah Alam Antlers FC (SAAFC) pada jam 8 malam dan Antlers FC yang merupakan juara Liga Lembah Klang tahun ini di mana FC Pemanis sebahagian besar dibarisi pemain tempatan manakala SAAFC dibarisi juga dengan beberapa orang pemain import.

Pemain FC Pemanis terdiri daripada Zahari Busu,  Mohd Noor Cik Nik, Abdillah Mohd, Yusof Ghani, Sabri Musa, Asri Jusoh, Mohd Fairus Alias dan Dzul Ezry Deraman manakala jurulatih Mohd Fairus Alias dan pengurus adalah Mohd Rafi Kori.

Hari Komuniti Bola Sepak yang diilhamkan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin diadakan buat  julung kali diadakan sempena perasmian padang Stadium Nasional Bukit Jalil mempertemukan 6 pasukan melibatkan 3 perlawanan yang melibatkan undian bagi menentukan lawan masing-masing.

Acara Hari Komuniti Bola Sepak anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Perbadanan Stadium Malaysia ini akan diadakan pada Jumaat, 19 Mei 2017 yang disertai 6 pasukan termasuk Shah Alam Antlers yang berpangkalan di Stadium Panasonic, Shah Alam, lima pasukan lain adalah Subang City FC (Subang), BNM FC (Lembah Klang), Pemanis FC (Kuala Terengganu), Majidee83 FC (Johor Bharu) serta Kelab Bola Sepak Kupang dari Baling, Kedah.

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan suasana dan masuk adalah percuma. Anda yang berada di sekitar Lembah Klang dan berminat untuk merasakan sendiri suasana baru di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah dijemput hadir bersama-sama kenalan dan keluarga. Semoga FC Pemanis mendapat kemenangan. – Terengganu Times

Leave a Reply