Comelnya… Anak Tomok Yang Cute Dah Masuk Sekolah!

Comelnya… Anak Tomok Yang Cute Dah Masuk Sekolah!

618
0

ANAK sulung penyanyi Tomok yang cukup terkenal di laman Instagram bapanya iaitu Arrian Shah Akid, 5, sudah pun memasuki alam pra-sekolah.

Arrian yang mempunyai ramai peminat itu disifatkan sebagai antara anak selebriti yang cukup comel dan bijak.

Malah, boleh dikatakan Arrian sebenarnya lebih popular daripada bapanya, malah Tomok sendiri pernah mengakui perkara itu kepada pihak media.

Berkongsikan gambar di hari persekolahan anaknya itu, Tomok menulis kapsyen, “Hari pertama persekolahan sebentar tadi. Kami bersilat nak siapkan budak kecik ni.. Lepas tu bila dah habis sekolah dia tak nak balik pulak. Selamat datang ke sekolah tadika ayam guring.”

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail bagaimanapun tidak menyiarkan lencana sekolah anaknya demi menjaga privasi Arrian.

Selain anak Tomok, anak sulung penyampai radio Mix FM Aishah Sinclair iaitu Soraya Ann, 7, turut sudah melangkahkan kaki ke alam persekolahan darjah satu.

Aishah yang juga merupakan adik kepada aktor Ashraf Sinclair memuat naik gambar Soraya yang girang memasuki alam persekolahan.

Seperti mana Tomok, Aishah turut menyembunyikan lencana sekolah anaknya, semuanya demi tujuan privasi anak mereka.

Apa-apa pun semoga Arrian dan Soraya membesar menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. – MYNEWSHUB

Leave a Reply