Che Ta Mengamuk Di IG, Gelar Seorang Netizen Beruk

Che Ta Mengamuk Di IG, Gelar Seorang Netizen Beruk

1258
0

BENGANG dan tidak tahan dituduh enggan membayar cukai oleh seorang netizen di laman sosial, Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta membidas individu berkenaan dengan gelaran ‘bequk’ (beruk).

Menurut portal hiburan Astro Gempak, individu lelaki yang menggunakan nama samaran ‘afifplc’ seolah-olah sengaja membangkitkan kemarahan pelakon dan ahli perniagaan itu sehingga bertindak membalas tuduhan yang dilemparkan dengan kata-kata yang kesat.

Che Ta Mengamuk Di IG, Gelar Seorang Netizen Beruk

Komen berbaur provokasi itu turut mengundang rasa sakit hati beberapa pengikut Instagram Che Ta malah segelintirnya menasihati selebriti pujaan mereka itu supaya tidak mengendahkan tuduhan tersebut.

Tambah portal itu, komen-komen kurang enak dipandang itu dipercayai telah dipadam dari Instagram Che Ta bagi mengelakkan pertelingkahan yang lebih panjang namun sempat diviralkan oleh oleh Twitter Bashhh.

 

Terdahulu, Che Ta dikatakan terpaksa membatalkan majlis ulangtahun kelahiran Aaisya Dhia Rana yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di London kerana disekat untuk keluar negara berikutan mempunyai cukai tertunggak.

Walau bagaimanapun, pelakon Kiah Pekasam ini menerusi BH Online telah menjelaskan bahawa dia tidak lupa untuk membayar cukai namun amaun tunggakan yang ditanggung terlalu besar untuk dilangsaikan dengan kadar sekali gus.

Malah Che Ta juga telah berjumpa dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara tersebut. -MYNEWSHUB.

Leave a Reply