BN sudah laksana 90% manifesto PAS Terengganu

0
3011

Hampir keseluruhan atau 90 peratus daripada tawaran PAS Terengganu sekiranya memenangi PRU14 sudah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Lebih mengejutkan, ada bebarapa tawaran tersebut sudah dilaksanakan sejak bertahun-tahun yang lalu.

Ini jelas menunjukkan PAS sebenarnya kering idea dan hanya tahu meniru apa sahaja yang dibuat oleh parti lawan.

Rakyat Terengganu perlu buka mata seluas-luasnya dan tidak tertipu dengan tawaran PAS ini.

Jika PAS memenangi pilihan raya, berkemungkinan besar bantuan dan dana yang selama ini diberikan Kerajaan Barisan Nasional akan dimansuhkan seperti Dana Raya, Dana Remaja, dana kelahiran anak, Tabung Darul Iman dan banyak lagi.

Rakyat Terengganu terutamaya orang muda perlu mengenang kembali sejarah tahun pemerintahan PAS pada 1999-2004 yang mana dipenuhi dengan pelbagai kezaliman.

Kejadian-kejadian seperti penutupan tadika, rampasan kereta exo, penipuan kononya minyak ditemui di daratan, pemberian kuasa yang melampau kepada JSR melebihi pegawai daerah bakal berulang kembali sekiranya rakyat tidak ambil cakna mengenai hal ini.

Malah, kecuaian PAS dalam isu balak menyebabkan Kerajaan Terengganu bakal menanggung kerugian RM1 bilion (RM1,000 juta) akibat saman oleh sebuah syarikat konsesi.

Baca: Kerana kecuaian PAS, kerajaan Terengganu disaman RM1 bilion

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here