BERUNTUNGNYA JADI ANAK TERENGGANU !!! – Wahid

0
4797

BERUNTUNGNYA JADI ANAK TERENGGANU !!!

Siang malam kerajaan cakna ke rakyat, macam-macam dibuat untuk rakyatnya, dari dulu.. kini…. dan Insya Allah selamanya…

Hebatnya kerajaan BN Terengganu menjaga kebajikan rakyatnya tidak kira tuan dan muda, belia dan remaja, kanak-kanak dan bayi.. sampaikan keliang lahat pun diambil cakna…

Bermula dengan kelahiran anak Terengganu, kerajaan telah menyediakan insetif kelahiran berbentuk Sijil Simpanan SSPN-I yang dimasukan terus ke akaun tesebut atas nama-nama anak.

Nak masuk sekoloh dari darjah Satu hingga tingkatan 5, setiap tahun tanpa putus bermula 2005, dana persekolahan RM 100 serong anak diberikan untuk pakaian sekoloh anak-anak Terengganu, tamat sekolah menengah dan sambung pelajar ke peringkat IPTA/IPTS pula diberi wang pendahuluan mengikut peringkat pengajian bermula dengan RM 750 hingga RM1500 setiap orang.

Bagi anak-anak yang cemerlang dalam UPSR, SPM, STPM, SATM pula dalam bentuk anugerah kecermelangan RM 500 setiap seorang juga dalam bentuk sijil simpanan SSPN-i.

Selepas meningkat belia, kerajaan BN Terengganu turut memberi insentif perhargaan sebanyak RM 200 setahun kepada yang berumur 21 tahun hingga 40 tahun untuk memberi galakan dan menampung urusan kehidupan harian sejak 2005 lalu hingga kini yang juga berterusan sudah 13 tahun.

Bagi bagi golongan B40 atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3000 diberikan Dana Hari Raya sebanyak RM 400 setahun telah berjalan selama 13 tahun sebelum ini dan ianya dijanjikan kerajaan BN Terengganu akan diteruskan sehingga tiada lagi golongan B40 di negeri Terengganu.

Pada rakyat Terengganu yang berstatus Warga Emas, Ibu/Bapa Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak terlepas dari pandangan kerajaan BN Terengganu yang mana turut merasai nikmat hasil bumi Terengganu dimana turut sama merasainya RM 350 setiap tahun tanpa henti selepas PRU ke 10 pada tahun 2005 lalu.

Apabila berlaku kematian kepada rakyat negeri Terengganu, kerajaan BN negeri menyediakan SKIM Takaful dan KHAIRAT kematian kepada golongan B40 dan senarai E-KASIH seluruh negeri Terengganu turut sama dibentangkan dalam belanjawan tahunan.

Kecaknaan KERAJAAN BN TERENGGANU bermula dari awal kelahiran sehinggakan diakhir hayat kesemuanya BN CAKNA… APA lagi yang rakyat Terengganu….. “TERENGGANU MOLEK DOH”

Email kiriman : Haji Wahid Bin Mohd Yasin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here