Bendera: Pas amal budaya politik samseng?

0
2854


Ketika zaman semakin maju, Pas masih mengamalkan politik kuno apabila bertindak menghalang bendera parti selain Pas diletakkan di beberapa kawasan yang mereka gelar kawasan bendera Pas sahaja.

Tinjauan netizen di lokasi seperti Bulatan Enam Kuala Nerus, Rusila Marang, Kedai Buluh Marang dan beberapa tempat lain antara tempat yang hanya membenarkan bendera Pas sahaja dipacak di kawasan berkenaan.

Malah bendera UMNO dan Barisan Nasional turut dicabut oleh penyokong Pas ketika satu ceramah yang diadakan di Kampung Kedai Buluh dan memberi alasan di situ adalah kubu kuat Pas.

Keadaan hampir menjadi kecoh dan tegang apabila pihak Pas tetap berkeras tidak membenarkan bendera BN diletakkan dan selepas perbincangan bendera BN dibenarkan dipacak sehingga ceramah habis sahaja dan dibuang selepas tamat program.

Bulatan Batu Enam.

Rakyat berharap Pas lebih professional dan tidak melakukan tindakan yang melanggar undang-undang kerana Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa sahaja berhak meletakkan bendera selagi tidak menghalang laluan orang ramai atau privasi orang lain.

Pihak majlis bandaran juga diharap tidak takut kepada pihak-pihak tertentu dan tidak pilih kasih dalam mengambil tindakan ke atas bendera yang dikibar di kawasan yang tidak dibenarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here