Bekalan keperluan asas sambut Aidilfitri mencukupi – Pehimi

0
369

Kuala Terengganu – Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan keperluan asas di Terengganu mencukupi bagi umat Islam di negeri ini menyambut kedatangan Aidilfitri minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan syarikat swasta bagi memastikan stok bekalan sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan yang dijangka meningkat.

“Alhamdulillah, setakat ini semua bekalan keperluan asas seperti ayam, daging dan ikan sepanjang bulan puasa dan menjelang hari raya mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Primula, di sini petang tadi.

Bercakap mengenai isu kekurangan bekalan kelapa, Pehimi berkata, pihak kerajaan telah memberi kebenaran kepada beberapa syarikat swasta untuk mengimport kelapa dari luar negara jika keperluan tempatan tidak mencukupi.

Katanya, pihak peruncit di negeri juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan tahu bagaimana mendapatkan bekalan kelapa daripada syarikat-syarikat swasta berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here