Bas ekspres terbabas elak mat rempit dekat Mesra Mall (13 Gambar)

Bas ekspres terbabas elak mat rempit dekat Mesra Mall (13 Gambar)

10582
0

Kerteh – Sebuah bas ekspres SP Bumi terbabas ke dalam longkang ketika cuba mengelak sebuah motosikal dalam kemalangan di Rantau Petronas berhampiran Mesra Mall, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 12.10 tengah malam itu, bas tersebut dikatakan gagal mengelak sebuah motosikal yang membuat pusingan U secara tiba-tiba lalu melanggar motosikal berkenaan.

Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal cedera parah dan telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

Sementara itu, pemandu bas serta semua penumpang hanya mengalami luka ringan.

Di laman sosial, netizen mendakwa lokasi kejadian merupakan ‘port’ bagi mat rempit berlumba di malam minggu.

Leave a Reply