‘Bas Amphibia Coach’ Perlu menjalani ujian berterusan

0
2965

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah menyaksikan sendiri dan bersama-sama dengan bahagian Teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan BOMBA dan Penyelamat (BOMBA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pelancongan negeri bagi operasi simulasi latihan kecemasan dan ujian keupayaan badan bas serta laluan didalam air.

Ujian tersebut dilakukan disepanjang laluan menyelusuri sungai Terengganu antara jati ‘slipway’ Muzium Negeri hingga ke hadapan Masjid Kristal dan kali ini mengambil masa yang agak lama berbanding ujian yang pertama terdahulu.

Ujian ketahanan bas dan laluan tersebut yang diadakan itu berjalan dengan lancar dan MB Razif sendiri mengambil inisiatif untuk menyertainya sebelum ianya dibuka kepada orang ramai.

Latihan kecemasan sangat penting kepada mana-mana pengangkutan yang melibatkan kepenggunaan awam. Sebagai contoh monorel, LRT dan MRT diuji tahap keselamatan penggunaannya selama satu tahun sebelum ianya dibuka untuk kegunaan awam sepenuhnya.

Menurut Ketua Makanikal JKR Negeri Terengganu, Norhisham Launah simulasi yang dibuat petang semalam amat berjaya dan berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancangkan oleh pihak beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada MB Razif kerana sanggup untuk bersama ketika ujian ketahanan bas dan simulasi walaupun Menteri Besar Terengganu itu tahu akan risikonya.

Proses Simulasi Berjaya

Katanya Norhisham, satu pujian kepada YAB Menteri Besar yang sanggup luangkan masa melihat sendiri ujian dan latihan kecemasan dibuat sepertimana Perdana Menteri sendiri turut sama turun padang dalam sessi ujian.

‘Sebagai orang nombor satu dalam negeri Terengganu MB Razif sanggup mengambil risiko sebelum ianya diberi kelulusan untuk beropersi sepenuhnya.

‘Alhamdulillah… kita sudah berjaya dengan simulasi kali ini dan ianya sangat berjaya serta pihak kami amat berpuas hati, mengikut S.O.P yang telah ditetapkan, selama satu jam bas terapung :-

1. kita telah membuktikan bas amphicoach ini berada dalam ‘high safety level’ ketika di air dan di darat.

2. Pintu bas boleh dibuka dengan sempurna, bagi membolehkan penumpang keluar dengan selamat.

3. Walaupun dalam keadaan enjin mati, bas tetap timbul, ini dibuktikan hampir sejam lebih, kita berada dalam bas tadi.

4. Bas tersebut dapat di tarik (towing) hanya dengan bantuan sebuah bot sahaja.

5. Setelah sampai di jeti (ramp/slipway) Muzium Negeri di Losong Feri, bas dihidupkan semula tanpa bantuan mana-mana kenderaan.

6. Bas dapat bergerak pulang ke Depo JKR mekanikal dengan selamat dan lancar.

‘Pertamanya semasa ditengah sungai kita matikan enjin dan melakukan prosedur menyelamat, selepas semua penumbang dipindahkan ke dalam bot, bahagian makanikal menyelesai masalah yang di wujudkan sehingga menarik bas tersebut ke darat serta menggunakan kenderaan trak tunda (towing).

‘Selepas sampai jeti, kita menghidupkan enjin dan naik kedarat dan ianya satu kejayaan bagi simulasi kali,’ ujarnya.


Kesimpulan

Bas Amphibiacoach yang dibeli kerajaan menerusi perolehan Bahagian Kejuteraan JKR Negeri Terengganu bermula 2015 yang lalu, yang mana kini sudah berada dalam peringkat ujian di dalam air serta di darat menerusi beberapa peringkat termasuk simulasi keselamatan.

Kerajaan membeli bas dua alam itu bagi tujaan pelancongan negeri yang mana akan menarik pelancong dalam dan luar negeri ke Terengganu serta secara perkiraannya ekonomi rakyat setempat.

Tanggapan yang sangat meleset sama sekali dibuat rakyat terutamanya dari pembangkang di Terengganu yang mana menularkan video dan gambar tanpa tahu punca sebenarnya.

#LokKohoBodo

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here