‘Barang saya bernilai RM2,000 bersepah diletak di luar, kalau hilang macam mana?’...

‘Barang saya bernilai RM2,000 bersepah diletak di luar, kalau hilang macam mana?’ – Pengadu

13113
0
DUNGUN, TERENGGANU – Seorang wanita tidak berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan kakitangan sebuah syarikat kurier swasta yang didakwa tidak bertanggungjawab terhadap barangan milik pelanggannya.
Wan Lina Wan Ali, kecewa apabila barangan miliknya yang bernilai RM2,000 diletak di luar premis begitu sahaja tanpa sebarang pengawasan.
Kakitangan kurier terbabit pada awalnya memaklumkan bahawa barang-barangnya itu telah diletak di dalam kenderaan penghantaran dan pemandunya sedang berehat sebelum disuruh menunggu barang tiba ke tempatnya.
Bagaimanapun, Wan Lina ternampak sejumlah besar kotak yang bersepah di bahagian tepi premis tersebut, lalu mengambil keputusan untuk melihatnya.
“Saya nampak dari jauh, macam majalah yang saya hantar print di kilang. Bila pergi tengok, astaghfirullahalazim. Memang betul majalah yang saya.
“Majalah itu bernilai RM2,000, diletak bersepah di atas lantai di luar begitu saja sedangkan sekarang musim hujan.
“Saya masuk semula ke dalam dan bertanya kenapa barang saya berada di luar? Namun kakitangan itu memberi alasan bahawa tiada ruang dalam kenderaan penghantaran.
“Tadi kata barang ada di dalam kenderaan, tetapi bila tengok, ada di luar. Dia kemudian menjawab yang dia tidak patut dimarahi dan bukan kerja dia untuk angkat barang-barang itu, selain menegaskan bahawa bukan barang-barang saya sahaja yang ada di sini,” katanya.
Apa yang membimbangkan Wan Lina, bagaimana jika barang-barang miliknya itu hilang dicuri, sedangkan tarikh serahan kepada pelanggan adalah pada minggu depan.
“Insurans kan ada? Susah mende?” kata kakitangan itu seperti yang diceritakan oleh Wan Lina.
Berdasarkan video yang dikongsikan, terdapat barang-barang berharga seperti mesin pencetak, periuk nasi jenama Tefal dan beberapa barangan lain turut diletakkan di luar premis.
Malah Wan Lina mendakwa tiada kamera litar tertutup yang dipasang di kawasan itu membolehkan peluang bagi individu yang tidak bertanggungjawab mencuri kotak-kotak tersebut.
Ekoran itu, Wan Lina terus mengambil beberapa kotak yang mengandungi barangannya kerana bimbang hilang dan akan menyebabkannya kerugian RM2,000.
Video Wan Lina yang dimuat naik semalam itu, viral di media sosial dan difahamkan pihak syarikat kurier berkenaan mahu membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Mereka nak buat laporan polis yang mengatakan saya curi barang saya sendiri. Malah mereka suruh saya buang post ini,” katanya. – The Reporter

Leave a Reply