Banjir Terengganu pulih, semua pusat pemindahan ditutup

Banjir Terengganu pulih, semua pusat pemindahan ditutup

292
0
Sekolah Kebangsaan Bukit Guntung

KUALA TERENGGANU: Banjir di negeri ini pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan ditutup, petang ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, pusat pemindahan terakhir ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau, Dungun, pada jam 4 petang tadi.

Semua 78 mangsa daripada 20 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu dibenarkan pulang selepas banjir di kediaman mereka mula surut.

Pada jam 1.30 tengah hari tadi, Pusat Pemindahan SK Gemuroh, Kuala Nerus ditutup dan semua 126 mangsa daripada 38 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata lima sekolah yang ditutup hari ini boleh dibuka esok, termasuk SK Sungai Las, Setiu yang ditutup kerana masalah pendawaian elektrik tidak selamat.

Sek Keb Kg Gemuroh.

 

Leave a Reply