#Bajet2017Terengganu : Info Grafik Bajet Terengganu 2017

#Bajet2017Terengganu : Info Grafik Bajet Terengganu 2017

1019
0

infrasuktur

RINGKASAN BAJET 2017 TERENGGANU

#BersamaMelangkahKeHadapan

KESAN LANGSUNG KE ATAS EKONOMI NEGERI

Kerajaan Negeri beriltizam memastikan kejayaan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi Terengganu (TETP). TETP memerlukan sedikit masa untuk dituai hasilnya kerana ia bersifat program transformasi ekonomi jangka sederhana iaitu selama 5 tahun.

Melalui TETP, kadar pertumbuhan ekonomi Negeri disasarkan meningkat daripada 4.4% dalam tahun semasa, iaitu satu angka yang sangat baik dalam senario ekonomi dunia sekarang, kepada 8% pada tahun 2020 dan seterusnya.

 ANGGARAN HASIL 2017

Anggaran perolehan hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2017 dijangka sebanyak RM 1.697 bilion. Pada tahun 2016, anggaran perolehan hasil ialah sebanyak RM 2.02 bilion. Namun setelah dibuat pengubahsuaian, anggaran hasil yang dijangka adalah RM1.473 bilion.

Berdasarkan angka – angka ini, 2 perkara ingin saya sentuh.

 PERTAMA, pengubahsuaian perbelanjaan yang dibuat adalah berdasarkan keadaan dan situasi yang sebenar dan realistik. Kita tidak membuat bajet angan-angan apatah lagi membuat perbelanjaan di luar kemampuan kita untuk berbelanja.

 KEDUA, langkah pengubahsuaian adalah sangat tepat kerana terbukti, dengan jangkaan hasil yang bertambah pada tahun hadapan (berbanding angka selepas dibuat pengubahsuaian dalam tahun semasa), kita kini mempunyai ruang dan fleksibiliti untuk mengurus kewangan Negeri dengan lebih selesa.

Kerajaan Negeri juga menjangka pendapatan daripada Hasil Cukai adalah sebanyak RM 58.73 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 202.4 juta dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM1.436 bilion. Daripada jumlah tersebut, 77.36% adalah daripada pemberian Dana Khas Kerajaan Persekutuan(DKKP), sementara baki 22.64% adalah daripada hasil Negeri sendiri.

Sesuatu yang positif daripada angka – angka ini ialah hasil selain daripada DKKP semakin meningkat dan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada DKKP semakin berkurang iaitu daripada 85% dalam tahun semasa, menurun kepada 77.36% dalam tahun 2017. Ini adalah satu strategi yang kita akan teruskan. Seterusnya [KLIK SINI]

keluarga-masyarakat kesihatan pekerjaaan pelancongan pendidikan pertanian

perumahan

 

 

Leave a Reply