Bajet 12 Juta Bantu Usahawan PKS Luaskan Pasaran – Muhammad

Bajet 12 Juta Bantu Usahawan PKS Luaskan Pasaran – Muhammad

1533
0

downloadPeruntukan bajet RM12 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu meningkatkan sasaran pertumbuhan PKS yang masih bersaiz mikro serta berorientasikan pasaran domestik.

Pengarah SME Corp negeri, Muhammad Ibrahim, berkata langkah berkenaan membolehkan syarikat dan perkongsian liabiliti terhad melaksanakan pengembangan serta mewujudkan nilai aktiviti mereka secara lebih meluas ke pasaran baharu.

“Inisiatif ini penting kerana sektor PKS menyumbang 36 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 65 peratus daripada guna tenaga.

“Selain itu, cadangan tambahan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi Program Pengukuhan Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan pembinaan premis perniagaan baharu di semua PBT juga dilihat satu langkah baik.

“Ia dapat menggalakkan usahawan baharu terutama generasi muda menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan,” katanya di sini, hari ini.
Muhammad berkata, peruntukan itu boleh merangkumi pelbagai program seperti pembangunan industri desa, kemudahan dana usahawan, premis perniagaan bersesuaian dan membantu graduan berniaga.

“Inisiatif kerajaan negeri untuk meneruskan Skim Pinjaman Peniaga Dalam Talian juga dilihat satu langkah yang proaktif dan selari dengan pengisytiharan 2017 sebagai Tahun Promosi PKS dan syarikat.

“Pembangunan (PKS) melalui e-dagang, adalah langkah utama yang akan diambil kerajaan untuk memastikan sektor itu dapat mencapai sasaran jangka panjang, sekali gus melangkau ke peringkat serantau dan global,” katanya- BH

Leave a Reply