Aplikasi E-Suka nilai perkhidmatan jabatan kerajaan

0
794
Ahmad Razif mengambil tablet sebagai gimik pelancaran aplikasi e-Suka di Dewan Dato Seri Amar Diraja Chukai Kemaman hari ini.
Ahmad Razif mengambil tablet sebagai gimik pelancaran aplikasi e-Suka di Dewan Dato Seri Amar Diraja Chukai Kemaman hari ini.

Aplikasi E-Suka nilai perkhidmatan jabatan kerajaan

Kerajaan Negeri hari ini melancarkan aplikasi e-Suka yang berfungsi sebagai penilai kepuasan orang awam iaitu pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan kerajaan dalam setiap urusan yang dilakukan.

Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  sistem ini yang dijalankan secara online akan menjadi KPI bagi membantu pihak kerajaan menilai kepuasan orang ramai semasa berurusan dengan jabatan kerajaan.

‘E-Suka adalah satu sistem ukuran kepuasan awam iaitu penilaian pelanggan bagi setiap pekerja atau jabatan kerajaan negeri Terengganu’

‘Sistem ini merupakan perkara yang terkandung dalam Prinsip TTB yang pertama iaitu inklusif suara rakyat suara keramat’ katanya.

Ahmad Razif berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pelancaran e-Suka dan Program Jalinan Mesra Menteri Besar Terengganu bersama penjawat awam dan pemimpin masyarakat daerah Kemaman di Dewan Dato Seri Amar Diraja Chukai Kemaman hari ini.

Antara yang hadir dalam majlis ini termasuk Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, Ir Rosli Othman, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian, Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat A. Latiff Awang, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Samiun Salleh,  Pegawai Daerah Kemaman Dato’ Rozali Saleh dan pegawai-pegawai kerajaan.

Terdapat 5 penanda aras dalam e-Suka iaitu pertama sangat baik, kedua baik, ketiga sederhana,  keempat kurang memuaskan dan kelima tidak memuaskan.

E-Suka dipantau sistem keselamatan berkualiti tinggi bagi mengelakkan sebarang salah guna atau perbuatan sabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

IMG-20150803-WA0014

2015-08-03_11.55.15

Beliau turut memberitahu aplikasi tersebut bukan diwujudkan untuk mencari salah sesiapa tetapi untuk memperbaiki sistem penyampaian kerajaan disamping mengiktiraf hasil kerja jabatan yang cemerlang.

Untuk permulaan, sistem ini akan diletakkan di agensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pejabat daerah di seluruh Terengganu.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan menaja pekerja terbaik yang dipilih melalui aplikasi e-Suka untuk merebut hadiah mengejakan umrah atau lawatan ke luar negara yang akan dinilai setiap bulan.

Sementara itu Ahmad Razif bersetuju menggantikan sistem audio baharu yang dinaiktaraf untuk Dewan Sri Amar Diraja Chukai Kemaman yang kerap rosak. -z

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here