‘Amna Umairah sudah tiada…’

0
12426

Kanak-kanak mengidap barah otak dari Kuala Nerus, Amna Umairah Ali, 12, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, 4 pagi, hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi ibunya, Siti Khatijah Mohd Raja, 45, ketika menerima rawatan di hospital tetbabit.

Siti Khatijah berkata, dia reda dengan pemergian anak sulung daripada dua beradik itu selepas dikesan mengidap barah, Januari lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu ketika hayatnya dan mendoakan agar arwah tenang di alam sana,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini.

Adik Amna Umairah adalah murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Chempaka, Batu Rakit dan juga murid cemerlang.

Namun anak yang menjadi harapan keluarga itu terpaksa melupakan alam persekolahan apabila dia seolah-olah menghidapi penyakit angin ahmar sejak Julai 2015.

Sebelum ini dilaporkan Siti Khatijah turut mengidap penyakit ‘Systemic Lupus Ery Thrmasos Lupus Nephvitis Class 4’ iaitu kecelaruan imun sejak 2012.

Ibu mentuanya pula mengidap penyakit buah pinggang manakala bapa mentua mengalami sakit tua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here