5,000 hadir pra perasmian Sukan Sea Endurance 2017 di Gong Badak

5,000 hadir pra perasmian Sukan Sea Endurance 2017 di Gong Badak

365
0
Pra perasmian Sukan Sea Endurance di Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Gong Badak malam ini.

Kuala Nerus – Hampir 5,000 pengunjung datang menyaksikan program pra perasmian Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 acara Kuda Lasak Endurance yang diadakan di Mini Stadium Kompleks Sukan Gong Badak malam ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Sultan Terengganu Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Hadir sama Sultanah Nur Zahirah, Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beberapa aturcara menarik melibatkan sukan kuda dipertontonkan kepada pengunjung.

Negeri Terengganu menjadi tuan rumah bagi acara Endurance itu yang akan diadakan di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu pada 20 Ogos ini.

Sebanyak lima negara – Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja dan Brunei dengan 25 orang atlet secara keseluruhan akan menyertai acara menunggang kuda dalam dua kategori iaitu individu dan berkumpulan yang menawarkan 2 pingat emas untuk dimenangi.

Pasukan Malaysia diwakili oleh 6 atlet termasuk 5 orang anak Terengganu iaitu Muhammad Fuad bin Hashim, Azizatul Asma binti Abdullah, Mohd Bulkhari bin Rozali, Mohd Adhwa bin Embong dan Muhammad Faris Haikal bin Mohd Hassan Sa’ari serta seorang lagi Mohd Yusran bin Yusuf dari Kelantan. – Terengganu Times

Baca : Gambar sekitar di pra perasmian Sukan Sea Endurance

Leave a Reply