5 perkara tentang Dennis Muhammad Abdullah, bakal suami Tunku Aminah

0
4056

Umum mengetahui, Puteri Sultan Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, 14 Ogos ini.

Istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor. Istiadat pertunangan pula akan diadakan pada 10 pagi, 14 Ogos, di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah.

Mesti ramai nak tahu jejaka mana yang dapat menambat hati Tunku Tun Aminah. Dengar cerita kacak orangnya? Ini antara 5 perkara tentang bakal suami Tunku Tun Aminah.

1. BERASAL DARI BELANDA BERUSIA 28 TAHUN

Nama jejaka bertuah tersebut ialah Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas. Dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

2. GRADUAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN

Menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

3. HEBAT JUGA BERMAIN BOLA SEPAK

Bakal suami Tunku Tun Aminah ini juga gemar bermain bola sepak. Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Café dan selepas itu sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.

4. MEMELUK ISLAM SEJAK 2 TAHUN LALU

Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

5. PERNAH BERGELAR MODEL

Menurut sumber, Dennis juga merupakan seorang bekas model di negara kelahirannya sebelum memulakan kerjaya di Malaysia.

Sumber: Astro Awani & Hanasuva

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here