3A 3B syarat minimum Sekolah Imtiaz, 5A 1C boleh dipertimbangkan dengan syarat…

0
10686
received_10211353161687074
A Latiff Awang

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu meletakkan syarat untuk pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu iaiah 3A 3B  namun begitu bagi pelajar yang mendapat keputusan 5A 1C (dengan syarat C adalah Bahasa Inggeris Pemahaman) akan dipertimbangkan.

Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A Latiff Awang berkata, walaupun keputusan itu mendapat bantahan dari ibu bapa ia adalah seragam dengan syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada minggu lalu.

Baca : Permohonan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2017 kini dibuka

‘Kementerian Pendidikan telah menetapkan syarat minimum untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 3A 2B, Mara MRSM meletakkan syarat 6A untuk memohon’.

‘Imtiaz ramai yang tanya dan mengatakan syarat 3A 3B tidak munasabah ada yang dapat 5A 1C tapi tak dapat sebab dimasukkan dalam sistem online’.

‘Kita telah buat keputusan Imtiaz syarat minumum 3A 3B kecuali pelajar mendapat 5A 1C boleh dipertimbangkan dengan syarat C adalah Bahasa Inggeris Pemahaman kalau C itu Sains atau Matematik tidak akan dipertimbangkan untuk ke Imtiaz’.

‘Sejak permohonan sistem online sekolah Imtiaz dibuka permintaannya begitu tinggi sekali sehingga 1000 memohon Imtiaz berbanding 700 tahun lepas’.

90 peratus adalah anak Terengganu dan 10 peratus dibuka kepada pelajar luar Terengganu dengan syarat-syarat lain termasuk kokurikulum, sahsiah lain, kebolehan membaca al-Quran dan sebagainya’.

Imtiaz Yayasan Terengganu
Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu

Berkata berkata demikian ketika Sesi penggulungan perbahasan Bajet 2017 Dewan Undangan Negeri semalam.

Tarikh tutup permohonan ke sekolah Imtiaz adalah 10 hari selepas pengumuman UPSR.

Mengulas mengenai keputusan UPSR, Latiff memberitahu Terengganu berada dalam kedudukan kelima terbaik Malaysia pelajar mendapat semua A dan optimis pencapaian ini mampu dipertingkatkan pada tahun depan dengan persediaan dan perancangan yang lebih baik memandangkan format baharu UPSR yang diwujudkan pada tahun ini. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here